Genap dua minggu berturut-turut, Malaysia merekodkan kes positif COVID-19 empat angka selepas 1,317 lagi jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.<br />Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 362,173 melibatkan 1,305 penularan tempatan dan selebihnya kes import.<br />Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada kesemua jangkitan baharu itu, Sarawak merekodkan kes tertinggi dengan 351 diikuti Selangor (303 kes), Kuala Lumpur (116 kes) dan Sabah (105 kes).
